Akhirnya aku sedar diri yang aku rupanya ada blog. Berhabuk setebal 762196827816 centimeter sebab lama tak sentuh. Dasar pemalas tegar. Bukan main lagi cakap nak update pasal trip aku ke oversea hari tu. Tapi habuk yang aku tinggalkan. Yelah aku sekarang dah masuk kampus. Blog pun dah dianak tirikan serta mengharapkan pulak ada ibu peri yang tolong updatekan. Cis pengaruh sinetron indonesia!
Biasalah kalau dah melekat kat kampus kesibukan kepenatan seharian. Takda lagi nak goyang kaki tunggu mak habis masak lepas tu melantak nafsu kuda. Update tengah malam grammar pun lintang pukang. Abaikan. Kalau kena penampar cikgu sejarah tingkatan 2 ni mesti segar megar muka aku penuh Nur keimanan -.-
Entri kali ni aku update panjang panjang biar elektrik rumah korang habis. Aku tak peduli. Siapa yang internet lambat minta maaf la banyak banyak. Mesti meroyan nak tunggu loading gambar comel aku kat bawah. Mungkin siap boleh makan 7 kotak choki choki mengumbirakan hati.
Aku upload randomly gambar kat bawah daripada 1800++ gambar paling gedik abad ini. Terima kasih kamera Sony kerana tak jemu dengan gambar aku yang bajet artis hollywood tak cukup sifat. Sadis.
Trip ke Indonesia bukan lah trip suka suki gembira hati nak mengorat cowok manis persis Agnes Monica yang bergelimpangan di tepi tepi jalan. Tapi trip ini merupakan Kembara Akademik MPP UiTM Sarawak tercintaa nombor satu i love you di hati. Hoi patriotik tetiba tengah tengah malam. Hantu pun lari ketakutan tak ketahuan hala.
Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang sejak tahun 135 sebelum Masihi lagi. Yaa memang lama perangkaan dibuat bagi memastikan segala berjalan lancar. Ahamdulillah apa yang dirancang telah berjaya dilaksanakan.
Tanpa melengahkan masa hadirin hadirat yang dihormati sekalian, molek lah kiranya ditunjukkan sahaja gambar buat tantapan cik kiah, cik bedah, cik senah dan kak jah.
Cekidautt yaww
Cekidautt yaww
Penerbangan ke Jakarta mengambil masa 1 jam 40 minit. Ibuk ibuk dan bapak bapak terhormat haruslah mengenakan sabuk mengaman.haha. Terima kasih Garuda Airlines!
Kertas ujian addmath paling digeruni sekalian alam. Tips untuk sesiapa yang nak pergi ke Indonesia, silalah bawa pen sendiri untuk menjawab kertas soalan tersebut. Nanti tak payah la jadi macam aku satu pen kongsi 7 orang. Papa kedana pun mampu beli pen 60sen kan -.-
Sampai kat Indonesia sepantas cahaya buka banner terus bergambar senyum nampak gigi ditaja Colgate. Atlet bowling Malaysia yang sama flight ke Sukan Sea pun tak glamor nak bergambar sakan.
Kerlas kau Jah!
Kerlas kau Jah!
Dari Jakarta menggunakan bas ke Bandung ambik masa dalam 2 jam. Sebelum ke Bandung singgah jap kat taman somewhere in Jakarta dan terhasil lah lelaki gagah perkasa bajet nak mengalahkan pak guard UiTM. ececece. Mau penampar ngakk? Taman tersebut seriously besar. Kalau disuruh Watson Nyambek lari sekitar taman pasti insaf dari sukan olahraga. Ada 9 bahagian taman dan setiap taman melambangkan keunikan Indonesia. Hanya sempat jalan kat 2 taman.
Ada berpuluh Factory Outlet yang menjual pakaian kat Bandung. Sesiapa yang minat shopping tak hengatt dunia, Bandung adalah destinasi yang sesuai
. Tapi jika dibandingkan harga, tak jauh beza pun dengan kat Malaysia. Kena bijak tawar menawar kalau nak dapat lagi murah
. Tapi jika dibandingkan harga, tak jauh beza pun dengan kat Malaysia. Kena bijak tawar menawar kalau nak dapat lagi murah
Factory Outlet letaknya hanya bersebelahan antara satu sama lain di sepanjang jalan. Jadi pilihan nya banyak dan korang perlu minum sekurang kurangnya 4 botol Red Bull untuk menambahkan tenaga supaya gagah perkasa bershopping.
Cuci mata dan buat Survey harga antara FO yang ada adalah wajibulghunah. Mungkin boleh dapat lagi murah. Aku mana la kaya nak bershopping sakan kan. Kais pagi makan pagi kais petang simpan untuk breakfast. Tak mampu nak beli dalam kuantiti super duper banyak. Tunggu aku kawen dengan datin dulu baru mampu. Choiiiiii !
Tengah sibuk sekalian penduduk berjalan cuci mata dan memenuhi kehendak nafsu yang tak pernah puas, terjumpa pulak dengan kawan sekampung yang selalu berkaki ayam bermain guli petang petang kat padang.
Dalam bas pun ada Factory Outlet. Memang dasar pen'shopping sejati masa kini.
Jalan jalan cari pasal
Kalau zaman purbakala dulu FO kat Bandung sepatutnya murah, mungkin dah semakin terkenal sebagai kawasan pelancongan jadi harga pun naik.
Ada barang branded dan ada juga yang tak original. Kena bijak menilai. Kalau peniaga tahu korang foreigner kemungkinan akan dinaikkan harga. Jadilah pembeli bijak.
Dinner with MPPs :)
Minum air bandung di Bandung Indonesia. Terasa keaslian dan kesedapan teramat.
Harga nya pun sedap, Rp 16 000 $_$
Okay entri ni hari pertama di Indonesia. The next day baru lawatan rasmi ke Universitas. Sebab tu banyak gambar jejalan cari pasal tak hengatt dunia. Sepanjang hari tak mandi sebab mengejar masa. Tenaga memang kena simpan banyak banyak untuk hari akan datang -.-
to be continued......
Okay dah bye!
0 comments:
Post a Comment