Wednesday, November 23, 2011

Hello Indonesia: Bandung ! [Part 2]

Salam semuanya,

Hari kedua di Bandung Indonesia. Bangun pagi gosok gigi cuci muka dan tidur lagi. You know what, roomate aku kejutkan aku pukul 5 pagi macam dah lambat 134376311891 minit! Padahal bas akan bertolak pukul 8 pagi. FYI, jam di Indonesia lambat sejam dari Malaysia. Jadi awal awal pagi dah terbangun segar bugar lepas tu susah dah nak tidur terbongkang balik.

Cis, beta murka.

Apa apapun, perkara paling menyeronokkan di dunia pada awal pagi adalah melantak tak hengatt dunia. Hanya perlu ambik makanan letak dalam pinggan lepas tu suka hati ikut kaki ke mana nak melantak. 

Ketika makan syaitan lah paling suka suki sebab berjaya menghasut diriku yang lemah. Nasib baik masih ingat doa makan yang abah aku ajar ketika umur 6 tahun. Tak sia sia aku conteng kat dinding rumah dulu supaya cepat hapal. hihihi. Jadi syaitan pun terbakar kepanasan


Pinggan pertama: Nasi goreng dengan tempe, ayam, tomato, kentang......

Pinggan kedua: Bun ! the sauce is awesomely delicious!

Pinggan ketiga: Omelatte with chili sauce

Bubur Ayam :)

Tak perlu kata apa apa..senyum !


Dari hotel terus menuju ke Universitas Padjadjaran atau nama panggilannya UnPad. Nasib kami agak baik sebab UnPad sedang mengadakan Graduation Day ! Jadi berpeluang menyaksikan sendiri orang pakai jubah, dan melihat persekitaran serta merasai kemeriahan Convocation Day. Aww..tetiba mak rasa tak sabar nak graduate nyahh.

Sebelum berjalan jalan sekitar UnPad, kami ke Bilik Mesyuarat Utama untuk sesi pengenalan, taklimat dan soal jawab untuk kedua dua belah Universiti. Sesi diskusi berlangsung lebih kurang sejam. Di sediakan sarapan pagi dalam bentuk packet untuk setiap orang. 

Makan lagi. Kesian perut comel i ni asyik menghadam -.-

Universitas Padjadjaran

Wakil dari Universitas Padjadjaran. 





bakal-bakal menteri howtt

 The Rhythm of Leadership

Selesai di UnPad dalam pukul 12.30 tengahari. Masuk semula ke bas untuk pergi makan tengahari, tukar baju dan solat jamak qasar. Destinasi sebelah petang adalah ke Gunung Tangkuban Parahu

Sebenarnya panjang sejarah silam Gunung Tangkuban Perahu, kalau aku nak cerita kat sini mungkin perlukan 14 entri bersambungan tanpa iklan. Panjang kan? Sebab tu aku tertidur masa diberi taklimat mengenai sejarah Gunung Tangkuban Perahu. haha. Keji.

video
Rombongan cik kiah sedang memanggil hujan beramai ramai

Siapa hansem lagi? aku atau kuda? 

 Model selipar jepun. Rp 50 000 sepasang. 

Bergambar secara bajet ala ala di New Zealand adalah haruss. 
Ada rasa menyampah tak? atau rasa nak baling dengan telur ayam?

Kawah gunung berapi yang dah tak aktif. Tapi bau sulphur masih kuat. 

Selesai berpeleseran di Gunung Tangkuban Parahu, singgah sekejap di Ladang Strawberry. Cuma 15 minit menaiki bas dari Gunung tadi. Di ladang strawberry kami dibenar untuk memetik mana mana buah strawberry yang telah masak dan terus masuk ke dalam mulut dan di hadam oleh perut comel dengan penuh kasih sayang

The taste is fantastic! Fresh. Cuma hujan sebelah petang menyukarkan pergerakan. Kami dihidangkan juga dengan jus strawberry yang dibuat khas untuk semua MPP UiTM Sarawak :)

Makanlah buah buahan segar untuk memudahkan penghadaman dan membekalkan vitamin untuk badan. 
Mesej ini ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 

Jus Strawberry

Selesai di ladang strawberry singgah jap kat pasar untuk beli ole ole buat kawan kawan di Malaysia. Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan bergembira di samping keluarga tercinta. Asyraf rindu korang semua. Salam Aidilfitri dan maaf zahir dan batin.

Saja nak sediakan ayat awal mana tahu dapat pergi luar negara lagi. Lepas tu dapat masuk kat ruangan Salam Perantauan dalam surat khabar Utusan Malaysia sambil bergambar guna baju tebal bulu bulu. Aww. Kembang hedong 12 inci.

to be continued.....

Okay dah bye!

1 comments:

m0sHiE~ said...

wowow. beshnye. jeles3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...