Thursday, November 24, 2011

Hello Indonesia: Jakarta ! [Part 3]

Salam semuanya,

Penat sebenarnya nak mencari gambar dari beribu jumlahnya. Klik gambar tengok muka cantik, ambik. Klik lagi tengok muka huduh, reject. Proses penapisan memakan masa yang lama. Nak proses kelapa sawit pun tak lama macam ni.

Habis satu folder MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR aku geledah sampai ke lubang cacing. Panjangg kan nama folder aku. Padahal boleh je tulis MPP. Aku pun tak paham.

Hari ketiga di Indonesia. Awal pagi dah bangun siap sedia berangkat balik ke Jakarta. Bas sepatutnya boleh sampai dalam masa singkat, tapi traffic jam teruk menyebabkan kami terpaksa mengagahkan diri bangun awal dan sambung tidur dalam bas dan lawan dengkur siapa paling kuat.

Sampai di Jakarta terus menuju ke Universitas Negeri Jakarta. Dahulunya UNJ merupakan sebuah institut penguruan, iaitu UNJ fokus dalam melahirkan golongan pendidik. Tapi sekarang dah dinaik taraf ke Universitas.

Sampai di UNJ kami disambut mesra oleh Badan Eksekutif Mahasiswa, peranan nya sama seperti MPP, iaitu merupakan wakil pelajar. Seperti di Universitas Padjadjaran, sebelum sesi diskusi bermula, makanan pagi dah siap terhidang dan hanya tunggu masa untuk dilatah. Sekian. Entri sampai di sini. Eh tak tak.

2 jam berdiskusi dengan BEM, banyak perkara baru aku belajar. Matlamat MPP dan BEM adalah sama, iaitu kebajikan mahasiswa. Disebabkan sosio masyarakat di Indonesia lebih besar dan penempatan kurang teratur, BEM mengambil inisiatif untuk turun padang ke perkampungan terpencil untuk berkongsi ilmu pengetahuan, terutama kepada anak kecil. Manakala UiTM pula mempunyai MDAB. Apa itu MDAB, sila google. Penat tangan mak nak taip nyahh..

Me with Agus. Salah seorang BEM di Universitas Negeri Jakarta. Seriously mereka sangat mesra. Ajak berborak macam macam topik pun boleh. Dari isu politik ke permasalahan mahasiswa dan sistem universiti itu sendiri. Apa yang boleh aku katakan, tak jauh beza di antara Malaysia dan Indonesia. Both countries macam adik beradik :)

video
Abang long @ YDP berucap memperkenalkan UiTM

asyraf ahmad najib bersama dua YDP paling berpengaruh dekad ini
*nak juga tulis nama padahal boleh je tulis ME. dasar gila glamor.haha*

1 Malaysia, 1 Indonesia, 1 MPP, 1 matlamat, 1 roti canai..wokay siapp!

Sampai 12.30pm rombongan cik kiah pun berangkat balik dari UNJ. Tengahari seperti biasa singgah restoren untuk makan tengahari dan solat. Dalam pukul 2pm baru bertolak pergi shopping complex nak beli ole ole yang dipesan oleh 371231146292 orang kawan aku. 

Aku rasa lepas balik dari Indonesia skill tawar menawar aku semakin hebat.

Semua benda aku beli nak minta tawar. Aiskrim kecik sejemput rendah kolestrol disukai ramai Rp 15,000 tak dapat kurang harga, sanggup sepakat kongsi 5 orang untuk beli satu. Dah semakin kronik penyakit kedekut. Nak berjimat pun tak bertempat -.-


Aiskrem pelbagai perisa paling sedap abad ini.

Baru habis shupping. Kepada sesiapa yang nak shopping di Indonesia, tak perlu bawa banyak duit, dalam RM 500 should be enough. Bawah RM500 pun okay. Dengan itu korang perlulah bawa beg lebih untuk letak barang baru. Jangan leka shopping sampai lupa nak bayar airpot tax pulak. 

Menara Monas ! Menara untuk mengenang perjuangan pahlawan Indonesia. 
Kebetulan Hari Pahlawan is on 10 November iaitu hari gambar ini di ambik ! Aku ada rupa pahlawan tak? TAKDA. Tenkiu

Lepas dari Menara Monas pergi dinner makanan Minang. Then balik hotel dengan kepantasan cahaya terus tidur peluk bantal ketat ketat. Penat. Tapi mestilah mandi dulu kan. Seharian tak mandi. Baju kat gambar atas pun pakai dari pagi sampai malam. Kalau pengemis lalu dah boleh high five sebab sama standard. Cis!

Selesai hari ketiga.

The next morning bangun pagi gosok gigi dan siap sedia untuk terbang balik ke Malaysia yang tercinta jiwa raga. Ish rasa macam nak nyanyi lagu Negaraku serta merta. Patriotik sungguh. Entah apsal tetiba pagi ni sampai 4 kali aku masuk toilet. Mungkin sebab ada kebocoran pada pundi kencing. Takkpun pada pengkal rahim. Inilah kesan tak jaga makan ye anak anak.

Walaubagaimanapun, *penanda wacana paling panjang di dunia* sarapan pagi tetap bersemangat sampai perut comel bertambah gebu. ^^

Orange juice for vitamins

Pinggan pertama: Sandwich for carbohydrate

Pinggan kedua: Pancakes with egg for protein

Mangkuk ayun: Cereal for carbohydrate. 

Selesai sesi melantak terus menaiki bas menuju ke jalan yang benar dan diredhai. Flight balik ke Malaysia pukul 6pm. Jadi sebelah pagi masih boleh berpeleseran suka suki sekejap. Menuju ke taman apa entah. Tapi taman sangattt besar dan perlukan sekurang kurangnya 24 jam untuk berjalan baru cukup 1 tawaf. 

Hanya sempat berjalan kat satu area taman dalam kadar 15minit turun tangkap gambar posing gedik gedik. Lepas tu masuk bas sambung tidur leleh air liur. Area lain cuma melihat dari dalam bas. Sadis. Masa sentiasa mencemburui -.-

Demm. Tak sempat pergi kawasan pantai T_T 

Tanya sama pokok...apsal tumbuh kasut..sebab angin yang goncang ..lalalala~
*okay seriously awan dah mendung macam nak hujan. seram*

Finally sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta sambil dirai dengan puluhan reporter dan peminat yang dah lama menunggu. Siap dapat sejambak bunga dan karpet merah yang semuanya karut marut belaka. Aku mana lah ada peminat. Muka setakat macam Fahrin Ahmad je punn. Panggg!

Souvenir dari Universitas Negeri Jakarta dan Universitas Padjadjaran. 


Akhirnya kami balik ke pengkal jalan. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Kami amat menghargai pengorbanan dan layanan baik kalian semua. Semoga hubungan serantau antara Malaysia dan Indonesia akan terus berkekalan tak kira di padang bola mahupun di kaki lima. *apsal ucapan aku macam orang menang award*

Sebenarnya banyak persamaan antara Malaysia dan Indonesia. Dari sistem pembelajaran, sistem politik sehinggalah masakan makanan. Ayam penyet dan bakso adalah makanan kegemaran beta sejak zaman kegemilangan Melaka lagi. hihihi. Sila belanja saya lepas baca ayat ini okay *sambil kelip kelip mata*

Sekian. tamatlah riwayat kesan degil di Indonesia. The next destination is Universiti Melaya and Universiti Selangor ^^


Okay dah bye!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...