Friday, November 25, 2011

Minggu Destini Siswa

Salam semuanya,

surat cinta pelajar baru untuk abang dan kakak PM :)

Walaupun Minggu Destini Siswa (MDS) dah pun habis minggu lepas tapi aku tetap nak update pasal MDS. Mungkin sebab ini MDS aku yang terakhir selepas 4 puluhjuta kali jadi Pembantu Mahasiswa (PM). Seronok sebenarnya dapat tengok adik adik baru yang nak masuk Universiti. 

Teringat hari pertama aku masuk mendaftar dulu. Bawa beg besar besar macam tak balik rumah untuk tempoh 10 tahun. Padahal almari yang disediakan tak muat pun untuk letak semua barang. Kalau mesin basuh dan televisyen dibenarkan bawa mesti nak sumbat juga dalam bilik. Alahai.

Then kalau waktu ceramah, mesti bekal gula gula kalau tak gerenti mengantuk tidur leleh air liur kuning. Lepas tu sapu kat baju kawan. hihihi. Ceramah pulak berjam jam. Boleh sampai tahap beku tahan sejuk dalam dewan.

Paling best kenangan orientasi muda muda dulu kena panggil pukul 2 pagi buat latihan fire drill. Tidur dah lah tak cukup lepas tu dikejutkan awal pagi ajak berkumpul tengah padang. Kalau buat BBQ takpa juga kan. >.<

Masa makan paling tak aman. Kena beratur panjang lepas tu makan cepat cepat sebab kejar masa. Takda masa nak mengumpat atau mengata seperti di kedai kopi sambil mengorat anak dara kak Jah yang tengah beli nasi lemak sebungkus. Tipikal seperti dalam drama melayu TV1.  

Kalau nak mandi lagilah tension. Terpaksa berbaris tunggu lama. Ada yang siap karaoke lagi dalam bilik air. Cis. Habis satu album Ziana Zain baru keluar bilik air. Lu pikir tandas lu punya? Haish

Senyum bila terkenang balik semua.

Sekarang dah semester akhir. InsyaAllah akan melangkah keluar lepas habis semester. Takda lagi dah muka aku nak menyemak dalam kampus

Semenjak duamenjak tigamenjak aku jadi PM, unsur kezaliman dan kekejaman tentera Jepun dah tak diguna pakai untuk orientasi, hal ini kerana Malaysia dah merdeka 1957. Eh apa aku mengarut? Tema MDS ditukar kepada profesionalisme. Iaitu konsep dan pendekatan yang lebih realistik untuk pelajar bertaraf universiti.

Kalau nak cerita pengalaman sepanjang MDS memang banyak dan perlukan entri cecah lantai. Tapi aku tak ada masa nak cerita satu satu. Cuma satu pandangan aku, aku tak rasa rugi dapat bantu adik adik yang baru nak masuk Universiti.

Apa apapun, jadi PM aku banyak belajar, mengajar dan diajar. Apa yang ajar ajar? Isilah borang di HEP dan jadilah PM semester hadapan lepas itu baru tahu :)


Okay dah bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...