Lepas melantak 2 biji burger McD dan 3 set fried fries dengan rakus untuk breakfast + lunch, akhirnya terpaksa merangkak ke panggung wayang sebab perut sarat dengan baby 6 bulan. Betina mana entah yang telah menodai aku sampai perut aku jadi camni. Keji. sobsobs.
Tapi itu bukan lah isi penting untuk entri malam ini. Tetiba rasa macam takda kesinambungan antara perenggan pendahuluan dan perenggan kedua. Kalau cikgu BM aku baca pasti kecewa tergolek golek dengan prestasi semasa penulisan aku -.- *macam lah aku dulu hebatt sangat*
Dah lama aku tunggu cerita kesukaan hati ini untuk keluar panggung wayang. Hari ini tercapai hajat nak tengok Mission Impossible 4. Yeppi ! Korang pun minat kan tengok cerita ni ? *tolonglahh jawab YA untuk jaga perasaan aku*
Okay kalau minat mehh aku buat review sikit.
- Mengapakah filem ini wajib ditonton oleh sekalian makhluk alam semester ?
A. kerana pelakon utamanya adalah asyraf yang kacak gaya mutu keunggulan ^^
B. kerana tiket wayang percuma sebab dapat Top 10 dalam kelas
C. kerana gilafriend ajak pergi tengok, kalau tak pergi gilafriend cari buayafriend baru
D. kerana banyak aksi yang boleh membuatkan jantung di hujung tanduk
Tettt..masa tamat ! Ohhh sudah terang lagi bersuluh jawapannya adalahh D A ! kihkihkih. Sentap tak ? *tolonglahh buat buat sentap untuk jaga perasaan aku buat kedua kalinya*
MI4 : Ghost Protocol mengisahkan agen Ethan Hunt dan ahli kumpulannya yang gojes berusaha untuk menggagalkan usaha pengganas dari menghuru harakan dunia dengan serangan mercun bawang nuclear. Lebih dukacita bermuram duja, pasukan agen Hunt tidak lagi diiktiraf sebagai sebuah agen IMF selepas kejadian pengeboman di Kremlin dan ditudah sebagai terrorist.
Untuk menjaga nama baik kumpulan tercinta jiwa raga, Hunt dan 3 ketul lagi ahli pasukannya terpaksa menggunakan alternatif sendiri tanpa pertolongan kerajaan untuk menggagalkan misi nuclear pengganas.
Seriously filem ini sangat mendebarkan. Kalau boleh nak tutup mata guna cermin mata 3D. Especially scene panjat bangunan tertinggi di dunia. Dan scenes melepaskan diri di penjara. Dan scenes mengodam setelit kat India. Dan scenes bertukar kod nuclear dan berlian. Dan semuaa lahh.
Haa baru puas hati !
Apa yang kurengg menarik adalah ending macam ketandusan idea. Maksud aku scenes akhir bila mana Hunt berlawan dengan master mind pengganas, Hendricks. Tetiba tengah syok boxing Hendricks bunuh diri terjun bangunan. Apa ni derr, lu cakap lu gangster. Shiall lahh.
Cis. aku pulak over -.-
Entri gojes ini diakhiri dengan trailer yang diambik dari youtube dan ditempek tanpa segan silu di belog abcendolspecial.blogspot.com. Cekidautt yaw
wordless wednesday
*tetibaa*
Mission Accomplished !
Okay dah bye!




0 comments:
Post a Comment