Wednesday, December 7, 2011

Review | Ombak Rindu

Salam semuanya,

Dulu masa sekolah menengah kelas KOMSAS, cikgu Bahasa Melayu selalu suruh komen pasal cerpen dan drama yang dibaca, selalu tak angkat tangan kalau cikgu tanya. Malu. Sekarang pulak suka suki nak komen bajet macam pernah buat 1726115189119 filem box office -.-

Korang dah tonton filem Ombak Rindu? 

Aku tak ingat bila kali terakhir aku tengok filem Melayu. Lepas desakan, paksaan serta ugutan bunuh yang diterima dari classmates, aku pergi juga berpeleseran tonton filem ni kejap. Yaa sekejap. Aku kan budak baik mana boleh keluar lama lama. *malu tersipu sipu sambil pipi merah*


Aku sendiri tak tahu macam mana nak bagi reaksi untuk filem ni. Ada yang suka, ada yang tak, ada yang menangis meleleh dan paling aku tak paham ada yang ketawa terbahak bahak. Hrmm. Gangguan emosi lah tu.  


Sesiapa yang belum tengok cerita ni aku sarankan bawa dua kotak tisu. Sekotak untuk kau, sekotak lagi untuk jiran tetangga kerusi sebelah kau. Aku kesian tengok mak cik duduk sebelah aku hari tu, hancur make up sebab menangis. Nampak perbezaan muka mak cik sebelum dan selepas lampu dibuka >.<


Ada beberapa scenes yang agak touching dan boleh buat panggung banjir. Jeles kedengaran bunyi suara teresak esak ibarat mak korang tak nak beli gula gula waktu kecik kecik dulu sebab korang nakal. Demm lari dari topik -.- Lepas tu kena tanya dengan kawan korang nangis ke? Mati mati tak nak mengaku menangis. 

 ehh wa gangster , wa mana buleh nangis derr.

Kalau seorang isteri tonton filem ni mungkin lebih paham tentang penderitaan, kesedihan, kegagalan, kematian dan ke ke yang sama waktu dengannya. Jalan cerita agak dewasa. Bukan sebab banyak scenes cium dan peluk yang menyegarkan mata sekalian rakyat jelata, cuma perasaan dan naluri belum sepenuhnya sampai. 

Nanti dah besar nak kawen dengan anak raja, then tonton lagi cerita ni mungkin lebih terkesan kat jiwa sanubari.

Okay, tibalah ke segmen pendapat tak bertauliah aku mengenai filem Ombak Rindu. Cuma nak beri pendapat sebagai customer yang beli tiket dan duduk tonton. 


Yang menarik
1. Ombak Rindu agak lain dari filem melayu biasa, seperti cerita hantu yang entah apa apa, atau filem cinta lain yang streotaip. Compare dengan Lagenda Budak Setan, aku rasa Ombak Rindu menarik lagi kot.
2. Pelakon filem ni pun semua meyakinkan dan cantik cantik terutamanya ex-girlfriend aku, lisa surihani >.<
3. Jalan cerita dan pertukaran scenes ke scenes cepat, tangkas dan pantas. Scenes yang penting dan bermanfaat untuk kesejahteraan negara je ditunjukkan. So, perasaan boring pun hilang.
4. Sinematograpi serius cantik. Rasa macam nak melancong serta merta dan hidup di kampung ditemani Maya Karin. hikhik


Yang kureeng menarik
1. Scenes peluk, cium dan berkemban aku rasa tak perlu tunjuk. Mesti gembira tak ketahuan Azizah Mahzan dapat cium dahi Aaron Aziz. Upss. 
2. Macam tak logik tetiba Pak Lah mengaku dia bapa sebenar Hariz. Agak suspen dan terkejut berlaku di situ. Nasib baik i takda penyakit jantung you.
3. Kesian mila jadi isteri no 2. Kan bagus kalau hariz terus terang awal awal kat semua. Ciss macam aku pulak pengarah cerita. 

Overall, aku bagi 3.5/5


kan cantik kalau maya karin terus bertudung :)

Hahhh..kan dah cakap dah ada scenes husband and wife. Siapa belum sunat tak boleh tonton. hikhik

Touching kan part ni.


Tetiba aku mengharap ada ibu peri datang menbantu Izzah dari ibu jahat. Hoi pengaruh sinetron -.-

Aspek sinematograpi memang terbaik dari ladang.


p/s : dukacita dimaklumkan aku tak pernah habis membaca walau sebuku pun novel melayu. Novel KOMSAS sekolah menengah dulu pun aku main baca sinopsis je. Nasib baik cikgu tak tahu. ^^

Okay dah bye!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...