Sunday, December 25, 2011

Selipar Tiga VS Paintball

Salam semuanya,

Selamat pagi sekalian pembaca yang cantik dan ensem ^^ Suka la tuu.

Kecik kecik dulu korang pernah tak main selipar tiga? Bukan selipar yang dijual di kedai Ah Chong itu dibeli sepasang percuma satu. Tak tak tak. Bukan juga selipar berjalan secara bertiga mahupun manusia berkaki tiga. Tak !

Selipar tiga adalah spesies permainan traditional turun temurun dari nenek moyang yang dulunya tengah kejar pencuri tapi pencuri sangat licik dan moyang pun ambik selipar dan baling dengan kelajuan 134 km/h dengan harapan pencuri insaf. Begitulah sedikit mitos yang telah ditokok tambah tanpa dikaji asal usul yang sahih lagi penuh dusta.

Mengarut pepagi hari -.- 

Zaman power rangers dulu, aku lah juara main selipar tiga di kawasan perumahan piasau jaya fasa 3 lorong 3C kat corner jalan raya 20 meter dari rumah lama aku. Sebut je nama asyraf pasti sekalian penduduk rukun tetangga yang hidup aman dan harmoni akan terpegun lagi terpersona. 

anonymous : akak kenal tak asyraf anak pak najib tu?
kak Jah : ohhhh asyraf ensem lagi kacak yang hebat main selipar tiga tu ke?
anonymous : hah yang itu lahhhh. 
kak Jah : asyraf tu kak Jah minat sangat tau.
anonymous : apsal akak minat dia ? dia hebat sangat ke kak?
kak Jah : disebabkan dia la kedai selipar akak maju you
-.-

Demm. apsal semua perenggan kat isi penting penuh dengan ayat yang takbur, riak lagi bongkak. 
Astagfirullahaladzim !

Aku rasa permainan selipar tiga sekarang dah semakin pupus ditelan arus globalisasi. Dengan kewujudan PS2 dan PS3 bebudak sekarang dah tak layan permainan luar rumah. Anak buah aku contohnya sekarang semua dah ada fesbuk masing masing. Sebab musabab berfesbuk adalah nak main games.

Rugi you all bebudak. Seronok tahap chipanzi okay main selipar tiga.


Rules permainan selipar tiga mudah. Dua pasukan, pasukan A akan membalingkan selipar ke arah kecemerlangan selipar tiga yang didirikan dalam bentuk piramid. Seorang pemain diberi tiga peluang untuk membalingkan selipar. Tak kesah la selipar jepun ke, selipar tandas ke, selipar cap ayam. Asalkan selipar getah yang apabila dicampak ke manusia, manusia tu tak tercampak ke liang lahad. 

Once selipar tiga berjaya dirobohkankan, maka bermulalah permainan paling menarik abad ini. 

Pasukan B akan cuba mematikan pasukan A dengan membalingkan selipar ke arah badan lawan dengan kelajuan 278 km/h. Hanya satu selipar sahaja digunakan untuk mematikan pasukan lawan. Jadi, lu perlu ada strategi der. Pasukan A harus sedaya upaya sehingga ke titisan darah yang terakhir untuk mendirikan kembali selipar tiga yang telah dirobohkan.

Unik kan? Selepas menjahanamkan sesuatu, harus berusaha untuk mengaturnya kembali walaupun cabaran dan rintangan di hadapan mata ^^


Teringin nak main selipar tigagagagagagagajah
*sambil kaki hentak lantai dan buat muka seposen*

Namun sekarang, permainan selipar tiga dah kurang dipandang dan manusia kini lebih teransang untuk bermain paintball ! Mungkin lagi ekstrem kerana selipar sudah ditransformasi menjadi senapang paling menggerunkan untuk mematikan pihak lawan. 

Siap ada peluru kalerful. Cantik nyahh  

Konsep permainan lebih kurang sama. Cuma kedua dua pasukan harus berusaha untuk mendapatkan bendera pasukan lawan dan bawa balik ke tempat perlindungan dengan sihat walafiat. Lepas tu baru diisytiharkan sebagai pemenang oleh juri yang arif lagi bijaksana.



Tempat yang paling sesuai untuk membalas dendam keatas kawan yang selalu mencuri pemadam dalam kelas korang dulu sampai kering pensil box -.-

Sebelum dikenali sebagai permainan paintball, benda alah ni digunakan untuk menanda pokok ketika di dalam hutan bagi memudahkan perjalanan dan mengelakkan sesat malu bertanya. Okay, sejarah ini boleh diguna pakai. 


Penghuni rumah orang tua yang serba kekurangan lagi daif. Cis spoil aku guna jeans. Pakaian macam nak pergi pikat anak kak Senah jual cendol 50sen seberang jalan. Fail -.-

Kebanggaan penduduk rukun tetangga Piasau Jaya yang banyak membanting tulang membantu ke arah kecemerlangan diri lantas memotivasikan jiwa raga untuk berjuang lebih gigih sehingga mengecapi kejayaan tak ketahuan hala ini. Terima kasih atas sokongan semua dan jangan lupa bagi title Datuk ke Tan Sri ke. Melampau -.-


Jadi, korang pilih selipar tiga atau paintball

Okay dah bye!

4 comments:

yuy0 said...

haha...main selipar 3 ya kmkorang sebut main 'cote'..
yup..u'r rite..
knek tok x ada gik tengok anak manusia main 'cote',eyh..
rugi lu anak manusia kinek, x merasa gney rasa kenak tikam pake selipar..haha..

nur fatihatuz zahra said...

teringat zaman kanak2 dulu.. suka main selipar dgn adik bradik, tak pun dengan kawan2 sekali ..
huu~ thanks mengingatkan kembali zaman tok kaduk sy dulu.. hihi ^_^

jum jenjalan sini ->


http://cheritakuhzara.blogspot.com/2011/12/perubahan.html

AsyRaF is VeRy HumBLe said...

@yuyo,
duhal..knak nama nya cote?
biasalah dunia dah maju, banyak games ada kat hujung jari. tp experience nya yg bbeza

AsyRaF is VeRy HumBLe said...

@nur fatihatuz,
sama2..best kan main selipar tiga..
bukan budak kecik, org besar skrang pun boleh main :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...