Assalamualaikum !
Lama kan aku tak update ^^ Lupa aku ada blog -.-
Entri ringkas dan santai malam ini nak berkongsi sikit beberapa gambar yang telah mengubah dunia. Setiap foto membawa makna dan maksud tersirat, dan foto di bawah ini telah berjaya membuka mata dunia tentang kemanusiaan, kesedaran dan persekitaran.
Aku terbaca sebuah majalah berkaitan fotografi ketika duduk berpeleseran di perpustakaan. Jadi, malam ini aku mengerah kudrat membuat pencarian Google dan fakta untuk berkongsi gambar yang telah mengubah dunia. Kadang kadang kita terlepas pandang tentang dunia sekeliling kita. Melalui perkongsian gambar ini diharap memberi sedikit pengajaran.
Cekidautt yaww..
1. Afghanistan's Girl (1984)
Gambar ini diambil oleh seorang fotographer dari National Geographic, Steve McCurry. Gadis di dalam foto ini bernama Sharbat Gula. Dia adalah salah seorang murid pelajar di sekolah pelarian Afghanistan. Gadis ini berumur 12 tahun ketika foto ini diambil dan setahun kemudian menjadi cover pada majalah National Geographic. Di Afghanistan, amat sukar untuk mengambil foto seorang gadis.
2. Stricken Child Crawling Toward a Food Camp (1993)
Foto ini menunjukkan seorang anak kebuluran yang merangkak menuju ke kem makanan PBB sejauh 1km. Seekor burung hering hanya menunggu anak itu mati untuk dijadikan makanan. Kevin Carter jurugambar foto ini berjaya memenangi Hadiah Pulitzer.
Walaubagaimanapun, selepas jurugambar mengambil gambar ini dan beredar, kanak kanak ini dipercayai mati. Gambar ini telah mengejutkan dunia. Jurugambar tersebut akhirnya membunuh diri 3 bulan selepas mengambil gambar ini kerana rasa bersalah serta tekanan dan kritikan dari masyarakat dunia.
3. Lynching (1930)
Seramai 10 000 orang golongan kulit putih bertindak menggantung dua pemuda kulit hitam dari penjara tanpa keputusan hakim. Dua pemuda kulit hitam ini ditudah memperkosa seorang gadis kulit putih. Foto ini jelas menunjukkan peristiwa perkauman antara golongan kulit putih dan hitam.
4. The plight of Kosovo refugee (1999)
Foto ini menunjukkan seorang kanak² Kosovo berusia 2 tahun bernama Agim Shala, melalui pagar kawat berduri di lokasi kem yang didirikan oleh Arab Saudi. Anggota keluarga anak itu berkumpul disitu setelah konflik Kosovo merebak.
5. Burning Man (1963)
Seorang rahib Buddha dari Vietnam membakar dirinya sendiri sehingga mati di Kota Saigon. Rahib tersebut tidak menjerit mahupun bergerak ketika terbakar sehingga menjadi abu. Hal ini dilakukan sebagai protes pada rezim politik yang melakukan ketidakadilan serta menghalang para rahib Budhha dalam menyebarkan agama.
6. Bliss (2000)
Bliss adalah foto pemandangan di Napa Country, California sebelah timur lembah Sonoma, Foto ini kemudian dibeli dengan harga puluhan juta untuk dijadikan gambar tema wallpaper Windows XP. Foto ini diambil oleh jurugambar professional, Charles O'Rear yang juga penduduk daerah itu.
7. Omayra Sanchez (1985)
Omayra Sanchez adalah salah satu daripada 25,000 korban bencana korban gunung berapi yang meletup pada 14 November 1985. Gadis yang berusia 13 tahun itu tertimbus selama 3 hari. Gambar ini diambil beberapa minit sebelum dia mati. Foto ini menyebabkan kontroversi terhadap pemerintah Columbia yang dianggap gagal dan tidak bertindak segera dalam melakukan penyelamatan ketika tragedi itu.
8. Little Rock's Central High (1957)
Buat pertama kalinya gadis afro american ini mengikuti SMU yang selama ini hanya menerima pelajar kulit putih. Hari pertamanya di sekolah diwarnai ejakan dan cacian. Dia hanya bertahan di sekolah selama 4 hari sahaja.
9. The Falling Man (2001)
Salah seorang mangsa dari tragedi 9/11 bertindak terjun dari bangunan. Serangan 9/11 dianggap antara tragedi terburuk pada zaman moden angkara pengganas.
10. Lunch Hour (1932)
Pekerja kontraktur berehat dan makan tengahari di New York pada ketinggian puluhan tingkat. Kesemua pekerja makan dan duduk tanpa mamakai sebarang alat keselamatan.
Aku bukanlah jurugambar hebat, tapi seorang jurugambar hebat tak semestinya menunjukkan gambar terdedah sana sini dan menggunakan kamera hebat untuk bergelar hebat ! - asyraf -
Okay dah bye!